Saturday, January 22, 2011

Kursus Haji Siri 2 - HUKUM & SYARAT

Mempelajari tajuk berkaitan Haji & Umrah
  • Pengertian
  • Hukum
  • Dalil
  • Syarat Wajib
Pengertian Haji & Umrah
Mengujungi(1) Baitillah dalam bulan-bulan haji(2) untuk melaksanakan rukun-rukunnya(3) menurut syarat-syaratnya(4) serta melaksanakan wajib-wajibnya(5).

(1) tubuh badan kena ada di Mekah
(2) bermula 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah
(3) setiap rukun akan ada syarat sahnya

Kedua-dua ibadah (haji & umrah) dilakukan secara berasingan, mempuyai sedikit persamaan dan banyak kelainan. Ketika dalam ihram haji, kita tidak boleh melakukan umrah.

Hukum Haji & Umrah
Wajib sekali seumur hidup(1) atas muslim yang mampu(2)

(1) sebelum mati (tiada jaminan bila?)
(2) dari segi: kesihatan, kenderaan, aman perjalanan, ada perbelanjaan

kemampuan perbelanjaan. Kebanyakan kalangan kita dikira mampu jika dinilai dari segi barangan dalam rumah yang disediakan melebihi keperluan.

Q: Adakah orang yang mengerjakan haji melebihi sekali telah menzalimi hak orang lain?

A: Tidak, umpama kita dibolehkan memiliki 3 buah kenderaan, sedangkan jiran kita hanya memiliki basikal. Kita sebagai hambaNya kena berusaha supaya kita juga mampu seperti mereka. Dalam hal ini siapa yang sedar dan laksanakan dulu, dia lah yang dapat dulu.

Q: Umrah pertama dikerjakan tahun lepas. Apakah umrah yang dikerjakan bersama haji wajib masih menjadi wajib?

A: umrah pertama wajib. Manakala umrah di bulan haji (umrah kedua) dikira sunat.


Dalil Wajib Haji dan Umrah


FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA :
" Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya, dan sesiapa yang kufur ( ingkar ibadat Haji ) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu pun ) daripada sekelian makhluk ".
( Surah Aali Imran : Ayat 97 )

FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA :
" Dan tunaikanlah Haji dan Umrah kerana Allah Taala ".
( Surah Al-Baqarah : Ayat 196 ) 



Syarat Wajib Haji & Umrah
1. Islam
2. Baligh*
3. Berakal
4. Merdeka
5. Berkuasa**

*budak yang menunaikan haji sewaktu kecil tak akan gugur hukum haji sebab haji yang dikerjakan dikira sunat.

**orang yang masih hidup boleh upah haji (dengan izin/kebenaranya) jika:
  • penyakit tidak ada harapan untuk sembuh iaitu sakit yang berpanjangan dan ikhtiar dah habis.
  • tua, uzur dan telah berputus asa.

Syarat Wajib (tambahan bagi wanita)
1. dengan izin suami (kahwin) atau wali (belum kahwin)
2. ditemani suami atau mahram (wanita wajib berteman)

Apabila teman yang wajib tidak diperolehi iaitu suami atau mahram: 
  • harus bertemankan 2 orang wanita yang dipercayai (beriman, berilmu dan amanah)(1)
  • harus pergi bersendirian sekiranya yakin akan keselamatan diri terjamin(2)
(1)contoh: Maimunah bertemankan Minah dan Timah. ketiga-tiganya boleh menjadikan salah 2 orang sebagai memenuhi syarat wajib. Tetapi jika sekiranya minah pergi dengan suami, maka gugurlah minah sebagai teman kerana suaminya bukan mahram (walaupun Minah adik beradik Maimunah dan Timah).

(2)yang lebih utama (aula') harus berteman.

*kedua-dua keharusan ini hanya boleh terpakai pada haji dan umrah WAJIB sahaja. HARAM hukumnya jika haji & umrah SUNAT dikerjakan tanpa suami atau mahram.

*hukum berteman bukan sahaja digunapakai untuk haji dan umrah tetapi juga pada urusan musafir yang lain (tidak kira tua sekalipun).


Q: Jika suami/isteri pergi haji dan suami telah melakukan umrah 4 kali, manakala isteri 7 kali semasa bulan haji.

A: Umrah yang tidak bertemankan suami dikira berdosa kerana umrah kedua dan seterusnya wajib berteman (walaupun suami sakit ketika di Mekah). Boleh pergi ke masjid/depan kaabah tetapi ke Tanaim dsbnya untuk buat umrah, dikira haram tanpa mahram.  Isteri yang dalam keadaa haid, dinasihatkan ke lobi penginapan yang ada petugas haji sebagai teman sementara suami meneruskan ibadah. Isteri tidak boleh merayau pergi membeli belah misalnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...