Friday, June 1, 2012

Kuliah Subuh

Pengajaran yang diketengahkan mengenai kitab termasyur karangan Imam Al Ghazali telah dibaca dan dikupas panjang lebar oleh Ustaz Penceramah pada kuliah subuh Ahad 29 Ogos 2010.

1. Kemaafan yang perlu kepada musuh-musuh kita ketika berhadapan pengadilan ALlah. Siapa dia? Anak-anak dan Isteri yang disayangi, kaum kerabat, jiran-jiran tetangga dan rakan taulan.

2. Solat wajib perlu didahulukan begitu juga solat qada' samada yang ditinggalkan atau yang tidak sempurna (setelah alim dengan ketidaksempurnaannya). Menurut Imam Shafie', tidak boleh solat sunat jika qada' solat fardu belum ditunaikan. Hanya Imam Hambali sahaja melonggarkan syarat iaitu boleh solat sunat tetapi solat qada' tetap kena buat.

3. Kahak yang keluar dari kerongkong kita, kalau ditelan maka batal lah puasa. Begitu juga jika hingus yang meleleh keluar dari hidung dan disedut kembali, maka batal lah puasa kita. Najis yang telah keluar dari dubur kita tetapi dikemut balik masuk ke dalam, juga akan membatalkan puasa.

4. Jika kita berdehem dan menggerakkan anggota kecil sekali pun dengan sengaja akan membatalkan solat.

5. Waktu-waktu yang haram kita solat sunat iaitu 6 waktu iaitu semasa khatib berjalan menuju ke mimbar untuk menyampaikan khutbah, selepas asar, ketika gelincir matahari, selepas subuh,.... . Walau bagaimanapun solat qada' masih boleh dilakukan pada waktu-waktu tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...