Saturday, May 14, 2011

Kursus Haji Siri 17 - Latihan Praktikal HAJI IFRAD

Praktikal Haji Ifrad

Dibahagikan kepada 2 group
KT1 - Ke Madinah
KT91 - Ke Jeddah Mekkah

Maktab 81
Maktab 82

Tuesday, May 3, 2011

Kursus Haji Siri 15 - Latihan Praktikal HAJI TAMATTUK

Latihan praktikal Haji Tamattuk
Di bahagikan kepada 2 kumpulan mengikut penerbangan.
1. KT11 (penerbangan awal ke Madinah)
2. KT82 (penerbangan akhir ke Mekah)

Kursus Haji Siri 14 - DAM


Friday, March 4, 2011

Kursus Haji Siri 7 - TAWAF

TAWAF








Syarat Sah Tawaf
1.      Suci daripada hadas (kecil/besar)
·         Pakai cincin ketat, wuduk tak rata, tawaf TAK SAH
·         Bersentuhan TANPA syahwat (keputusan muzakarah)
2.      Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis
·         Kepit selipar, bawa najis, tawaf TAK SAH
3.      Menutup aurat
·         Aurat Wanita – stoking, lengan baju, rambut
4.      Bermula dan Berakhir Di Penjuru Hajar Aswad dan memulakan NIAT Tawaf, jika Tawaf Wada'/Sunat/Nazar
5.      Menjadikan Baitullah di sebelah kiri (bahu kiri) dan berjalan ke hadapan
6.      Berjalan bertujuan tawaf
·         Kalau terlepas pasangan/buku jatuh semasa tawaf, niat nak cari, tawaf TAK SAH
·         Jika tengah tawaf 3½ pusingan, berhenti sebab batal wuduk, sambung semula di Hajar Aswad dengan kiraan 3 bukan 1.
·         Jika tertolak menghadap Kaabah 2 langkah, undur 4 langkah untuk sambung tawaf semula
7.      Mengelilingi Kaabah 7 kali dengan yakin
·         Tidak boleh ikut kiraan orang lain
·         Ketetapan kiraan dengan khusuk bukan dengan alat.
8.      Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan
·         Dikatakan tawaf dalam Kaabah jadi TAK SAH, jika bersentuhan atau pakaian terkena Kaabah/Hijir Ismail atau short cut ikut Hijir Ismail
·         SAH tawaf di tingkat atas/bumbung, tetapi susah nak jaga bahu kiri.  Dinasihatkan lakukan tawaf di bawah/dataran Kaabah walaupun padat.
Sunat Tawaf
1.      Berjalan kaki
2.      Ber'ittiba' bagi Tawaf yang diiringi dengan Saie (Lelaki) - Tawaf Haji/Umrah
3.      Melakukan Ramal (berlari-lari anak) bagi Tawaf yang diiringi Sa'ie (Lelaki) - keliling 1, 2 dan 3 walaupun tak bergerak.
4.      Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya / istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.
5.      Membaca zikir dan doa
6.      Berturut-turut 7 kali pusingan
7.      Tawaf dengan kusyuk dan tawadhuk
8.      Solat sunat tawaf





Jenis-jenis Tawaf
1.      Tawaf RUKUN (Haji/Umrah) – hanya tawaf Haji/Umrah tidak disyaratkan niat
2.      Tawaf QUDUM (Selamat Datang)
·         sunat bagi yang masuk Mekah.
·         Jika masuk Mekah dengan ihram umrah, tawaf umrah (tawaf rukun) telah memadai menggantikan tawaf Qudum.
·         Jika masuk Mekah dengan Ihram Haji ada Tawaf Qudum.
3.      Tawaf SUNAT - bila-bila masa spt solat sunat (dalam ihram atau pakaian biasa)
4.      Tawaf NAZAR - solat & saie tidak boleh nazar
5.      Tawaf WIDA' (Selamat Tinggal)
·         meninggalkan Mekah melebihi 2 Marhalah tidak kira dalam ihram atau seorang pekerja.
·         Tidak ada aktiviti lain yang hendak dilakukan melainkan 3 aktiviti yang dibolehkan selepas mengerjakan tawaf Wida’ iaitu solat sunat tawaf, berdoa dan Minum air Zam Zam.
·         Jika penerbangan/bas pukul 4 petang, pukul 2 petang baru buat.  Kalau awal sangat misalnya pukul 10 pagi, TAK SAH.
·         Jika tak buat, berdosa dan kena Dam 1 ekor kambing
·         Boleh membeli benda harus seperti makanan dan minumana untuk bekalan.
·         Jika tunggu bas, tertangguh tak datang, tawaf Wida’ tak batal, tetapi masih dilarang membeli belah dan jika masuk waktu solat, kerjakan solat di hotel penginapan bukan di Masjidil Haram.



Rukun Tawaf
TAWAF (RUKUN)
Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad.
Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat:
"Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala"
(NOTA: - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat.)
Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca:
"Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin"
Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.
    1. Perihal Wuduk Semasa Tawaf
      (Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 21 pada 5-7 jun 2005 di Shah Alam)
      • Bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk
      • Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah (terdesak), masyaqqah (kesusahan) atau haajah (keperluan)
      • Azimah pula suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.
      • Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi'e yang masyhur kepada pendapat Syafi'ie yang marjuh iaitu:-
        Tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat
    2. LAIN-LAIN TIPS SEMASA TAWAF:
      Menyentuh Kaabah atau Hijr Ismail semasa tawaf
      Jika disentuh dengan sengaja maka akan terbatal pusingan tawaf tersebut. Jika tidak sengaja maka tidak batal pusingan tawaf, boleh teruskan tawaf seperti biasa.

      Jangan sekali-kali menyentuh Kaabah ketika tawaf walaupun jemaah amat hampir dengan Kaabah semasa tawaf. Terdapat kes jemaah yang begitu teruja untuk menyentuh Kaabah ketika tawaf disebabkan kedudukannya amat hampir dengan Kaabah.

      Sabar, ini mungkin ujian Allah, jika berhasrat hendak menyentuh Kaabah pastikan telah selesai tawaf dengan sempurna. Begitu juga dengan Hijr Ismail.

      Menyentuh Makam Ibrahim semasa tawaf
      Jika disentuh Makam Ibrahim tidak membatalkan pusingan tawaf. Begitu juga berjalan melaluinya semasa tawaf.

      Keraguan berkaitan bilangan tawaf selepas tawaf
      Jika perasaan keraguan yang timbul selepas selesai amalan haji atau umrah maka keraguan tersebut tidak boleh ambil kira.

      Sila abaikan keraguan yang datang setelah sempurna amalan haji atau umrah kita, banyakkan baca surah al-Nas dan berdoa.

      Sekiranya keraguan datang semasa tawaf, contohnya berapakah bilangan tawaf yang dilakukan? Maka berpegang pada kiraan bilangan yang kecil, contoh tujuh atau enam.

      Maka hendaklah berpegang pada enam dan hendaklah tawaf dengan satu pusingan lagi untuk cukupkan tujuh dengan yakin. Begitu juga semasa saie.

      Mula tawaf pada bukan penjuru Hajarul Aswad
      Tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah tidak sah, jemaah perlu membuat tambahan pusingan tawaf, ini kerana tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah batal dan tidak diambil kira.

      Masuk dalam Hijr Ismail ketika tawaf
      Semasa sedang tawaf jemaah haji tidak dibenarkan menyentuh, masuk atau hanya melalui laluan dalam Hijr Ismail kerana ia adalah sebahagian daripada Kaabah.

      Begitu juga semasa tawaf tidak boleh menyentuh Kaabah (termasuk kelambu Kaabah) dan Syazarwan.

      Sekiranya berhajat hendak memasuki Hijr Ismail untuk bersolat atau berdoa dalamnya atau menyentuh Kaabah atau Syazrawan pastikan telah sempurna tawaf dengan yakin.

      *Peringatan untuk jemaah haji atau umrah bahawa kelambu Kaabah adalah wangi pastikan sekiranya masih dalam larangan ihram pastikan tidak terlalu asyik dengan bau wangian pada kelambu Kaabah. Jika berbuat demikian dikira berdosa dan dikenakan dam.

      Tawaf menggunakan kerusi roda
      Jika tidak berupaya tawaf dengan berjalan kaki maka jemaah diboleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda.

      Orang yang sihat juga boleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda, ini kerana tawaf dalam keadaan berjalan kaki adalah termasuk dalam kategori amalan sunat semasa tawaf.

      Rasulullah SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang binatang. Melakukan tawaf dalam keadaan menunggang tanpa uzur, hukumnya harus.

      Pastikan sorongan yang dibuat hendaklah cukup tujuh pusingan. Keadaan tawaf adalah tidak sah jika orang yang disorong tidur dalam keadaan papan punggung yang tidak tetap dan tidak pula mengetahui bilangan sorongan yang dibuat.

      Pastikan orang yang akan membantu untuk sorongan tawaf tersebut boleh dipercayai dan dibuat urusan dengan jelas antara kedua belah pihak, ini bagi mengelak berlaku penipuan.

      Pastikan aurat juga dijaga semasa tawaf menggunakan kerusi roda, khususnya jemaah wanita, pastikan tidak menampak aurat kaki atau betis semasa duduk di atas kerusi roda, pastikan stoking panjang dan sesuai untuk menutup aurat kaki.

      Tawaf dengan yakin cukup tujuh pusingan
      Pastikan tawaf yang dilakukan adalah diyakini cukup tujuh pusingan. Sekiranya tidak yakin hendaklah membuat tambahan pusingan.

      Sering berlaku jemaah tawaf tidak cukup tujuh pusingan kerana bimbang di tinggalkan kawan, atau suami/isteri maka jemaah terus meninggalkan tempat tawaf walaupun dalam keadaan ragu-ragu mengenai bilangan tawaf yang telah dilakukan.

      Suami/isteri dan sahabat handai hendaklah bertolak ansur dalam perkara ini, jangan mementingkan diri sendiri sehingga boleh menjejaskan ibadat orang lain.

      Untuk memberi keyakinan mengenai bilangan tawaf, jemaah dinasihatkan mencari kaedah atau formula memudahkan mereka mengingati bilangan tawaf yang dibuat.

      Berdasarkan pengalaman penulis ada jemaah yang menggunakan kaedah lipatan pada buku doa yang dibawa semasa tawaf, ada yang menggunakan biji tasbih dan sebagainya.

      Walaupun nampak remeh tetapi ia dapat membantu kita membina keyakinan terhadap bilangan tawaf yang dibuat.

      Terpisah daripada sahabat selepas tawaf
      Sebaiknya sebelum bergerak di tempat tawaf, jemaah dinasihatkan membuat perancangan di manakah tempat yang paling mudah bertemu jika terpisah dengan rakan dan keluarga.
      Dinasihatkan carilah tempat yang mudah untuk berjumpa. Contohnya seperti di bawah kawasan lampu hijau yang bertentangan dengan penjuru Hajarul Aswad atau mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai dan dipersetujui oleh ahli keluarga atau rakan, tetapkan had masa menunggu dan bincang serta dapatkan persetujuan bersama.

      Makan dan minum ketika tawaf
      Makruh makan dan minum ketika tawaf, kemakruhan minum lebih ringan daripada makan. Tidak membatalkan pusingan tawaf. Rasulullah SAW pernah minum air ketika tawaf kerana sangat dahaga.

      Bercakap-cakap ketika tawaf
      Tidak membatalkan pusingan tawaf. Sebaiknya elakkan, ini penting untuk mendatangkan ketenangan dan kekhusyukan semasa sedang beribadat.

      Inilah antara isu-isu berkaitan tawaf dan beberapa tips sebagai panduan tetamu Allah sekalian. Walaupun adakalanya nampak remeh dan telah disentuh berulang kali dalam siri kursus haji dan sebagainya tetapi ia jugalah yang sering menjadi perkara yang berbangkit berkaitan tawaf pada saban tahun.
Tawaf

Saturday, February 12, 2011

Kursus Haji Siri 5 - IHRAM

PAKAIAN IHRAM
Wajib bagi Haji dan Umrah.
2 pahala akan dapat (mudah bagi Allah beri pahala pada hambanya).
1. Pahala warna putih
2. Pahala pakai
Bagi lelaki (haram melakukannya dan kena dam)
1. Tak boleh dicantum
2. Tak boleh disimpul (jadi bersarung)

Bagi Perempuan,

1. Jika sengaja tutup 2 tapak tangan (sehinggan pergelangan tangan)
2. Belit kain pada tangan dikira menutup tangan
3. Sembunyi tangan di bawah telekung atau masukkan tangan dalam poket tidak dikira menutup tangan

Kawasan Muka – daripada anak rambut terakhir hingga ke dagu dan dari anak telinga kiri hingga ke anak telinga kanan.

Kawasan Kepala – dari anak rambut hingga belakang rambut selain muka
Cara Memakai

Kepingan Bawah
1. Temukan punca kain dan depangkan ke sebelah kiri.
2. Menggunakan tangan kanan, tekan dekat ketiak sebelah kiri, lipat kain ke sebelah kanan.
3. Tekan dekat ketiak kanan, lipat ke kiri selari dengan ketiak kiri.
4. Gulung (macam pakai sarung).
5. Pakai tali pinggang
6. Lepaskan gulung dengan menutup tali pinggang
7. Pastikan kain berjarak sejengkal dari buku lali.
Kepingan Atas
8. Selit bucu kain pada pinggang hujung sebelah kanan
9. Kepak ke atas belakang sebelah kiri
10. lilit menutup bahu kanan hingga hujung kain ke depan. ATAU
11. Lilit melalui bawah ketiak kanan (baru kanan terbuka) – dikenali sebagai Beriktiba’(1)
(1)Sunat ketika Tawaf & Saei selepas Tawaf. Amalan ini merupakan sunnah Nabi s.a.w. Semasa baginda menunaikan haji dari Madinan ke Mekah, walaupun perjalanan jauh, sahabat pada masa itu disuruh berbuat demikian (menunjukkan muscle) supaya kafir Quraisy (pada masa itu yang menguasai kota Mekah) menggeruni dan memperlihatkan kekuatan walaupun melalui perjalanan jauh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...